Friday 8 July 2011

// ELECOLDXHOT [ECX] Sasar Arena Antarabangsa //



Bercakap kepada pemberita sejurus selepas pengumuman keputusan, ELECOLDXHOT menganggap kemenangan mereka merupakan berkat sokongan keluarga dan peminat mereka. Jelas Ooi Kok Wei yang mewakili kumpulan tersebut, penyertaan mereka dalam program realiti itu bukanlah untuk menang.

Kami menyertai program ini bukan untuk menang tetapi untuk menunjukkan bakat yang kami ada dan membuat persembahan di hadapan peminat kami. Usaha konsisten itu kami teruskan dan buktinya selama lima minggu kami dipilih sebagai pemenang persembahan terbaik.

Kami telah buktikan kepada rakyat Malaysia dan akhirnya mereka mahu melihat kami menang pertandingan ini. Terima kasih kepada semua.”

Ditubuhkan empat tahun lalu, kumpulan itu agak yakin akan memenangi pertandingan tersebut walaupun ada sedikit perasaan gementar.

Memang kami yakin tetapi persaingan sengit yang diberikan oleh setiap kumpulan menyebabkan kami sedikit gementar. Ada ketikanya kami tersilap langkah. jelas Yin Zhen Huang antara ahli tertua dalam kumpulan tersebut.

Mahu berehat selepas pertandingan akhir itu, kumpulan itu turut mensasarkan peluang untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

Selama 10 minggu dalam pertandingan ini sememangnya kami penat dan mahu berehat dan bercuti. Namun kami tidak akan leka dan mahu melihat kejayaan ini tidak berhenti di sini. Kami mensasarkan peluang untuk beraksi di arena yang lebih sengit lagi contohnya bersaing di peringkat antarabangsa dengan penari-penari yang lebih hebat lagi.” terang Yin Zhen Huang lagi.

Kumpulan ELECOLDXHOT turut memenangi sebuah TV LCD 40” tajaan SONY kerana terpilih sebagai kumpulan paling popular dalam satu undian yang dilakukan di laman sosial Facebook Showdown 2011.

credit : GUA.COM.MY

No comments: